Keanggotaan KOP-AIR
SYARAT
Keanggotaan KOP-AIR ini terbuka kepada:
- Kakitangan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd dan Keluarga;
- Kakitangan KOP-AIR dan Keluarga
- Warganegara Malaysia;
- Telah mencapai umur lapan belas tahun;
- Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini;
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
BAYARAN
- Permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan yuran masuk sebanyak RM20.00. Yuran masuk akan dikembalikan jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
- Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan yuran masuk sebanyak RM50.00.
- Anggota mestilah mencarum yuran bulanan sebanyak RM30.00 setiap bulan. Jika anggota gagal menjelaskan yuran tiga bukan berturut-turut, Lembaga berhak untuk menamatkan keahlian anggota itu.
- Anggota yang telah menjelaskan bayaran RM200.00 (Modal Saham) boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-Undang Kecil.